Rabu, 21 Disember 2011

Kisah Aku,dan duniaku...

Tup,tap,tup,tap....Aduhai..Apa benda yang bising nih??rungut aku tatkala baru bangun dari tidur pabila dikejutkan jam lonceng comel yang dibeli oleh ibu ketika kami ke Langkawi.Lalu,
aku melihat jam lonceng tersebut menunjukkan pukul 6.30 pagi.Lalu,terdengar suara jeritan gadis comel montel ini menjerit perkataan:

Argghhhhhhhh!!Aq sudah lambat ke sekolah,baju sekolah pula belum digosok.Macam mana ni??

                                                     



                                                           *    *    *    *


Hai,datang lambat ye cik akak..baru habis bermimpi jadi ratu 'facebook' kah??perlian budak lelaki  yang sering mengusik ku.Kenapalah aku selalu bangun lambat?Nasib baik ayah bawa van semalam,kalau tidak,ntah-ntah aku tidak sampai lagi ke sekolah,bisik hatiku sendirian.
Hari ini,merupakan hari pertama aku ke sekolah bagi sesi terakhir di sekolah rendah iaitu
aku menduduki darjah enam pada tahun ini.Rasa sedikit gementar kerana aku akan menghadapi ujian terbesar iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama rakan-rakan yang aku sayangi.Aduhh!Rasa gementar mula menyelubungi diriku,apabila aku berangan yang aku akan mendapat keputusan yang teruk!!Tidak!ini tidak mungkin terjadi!!
Lalu,suara lembut sepintas-lalu terdengar di telinga ku,
Fatihah,teha,teha..bangun.

Rupa-rupanya aku terpandang susuk tubuh yang kurus lagi ayu bertudung iaitu,
Nurul Athilah,seorang rakan yang lembut,maksud saya terlebih lembut dengan keayuanya,
kerana dia hanya kelihatan cantik di semua mata orang,malahan hatinya juga baik.
Ya Allah,teha sampai mengigau sekali macam nih,
Dengar awak menjerit macam orang terkena sampuk hantu tau!

Tidak ada apa-apa  lah,saya main-main jerk.Sahaja mahu gurau dengan awak,jawab ku dengan penuh malu.Lalu dia pun menjawab,Awak kata gurau?kenapa harus serius sangat hingga terpekik-terlolong?tidak pelik bukan??
Kita lupakan sahaja hal tadi yah??saya tidak mahu hal sebegini dibesarkan.Nanti saya pula yang menanggung malu,jawab ku.Lalu,dia membalas dengan senyuman ayunya menunjukkan 
kata setuju.



                                              *     *     *     *      *     *

1 ulasan: